Projek Website: AWANBAND

Projek Website: Awanband

Salam. Sebenarnya website ni dah lama wujud, cuma aku ja yang sedikit malas nak siapkan, disebabkan aku baru je terbelajar satu script untuk clickjacking, aku pon cuba la siapkan juga website ni dengan harapan dapat test clickjacking, malangnya Anti-Virus detect plak scripting aku ada behavior as virus. Aku pon dah buang script tu dan dah rezeki awanband kot ada website dah. huhu layari awanband.com sekarang!

Projek T-Shirt: Raingers

T-Shirt ini aku design dengan konsep label clothing “Dirteh” iaitu badut/joker. Design untuk Raingers Hujan / Peminat kempulan kugiran Hujan. Mungkin ada yang sedia maklum yang aku adalah founder website hujan.org. Jadi aku nak keluarkan t-shirt ini untuk “Komuniti Raingers Seantero Dunia” bagi mengumpul dana untuk menghidupkan kembali website tersebut. Website ini aku tutup minggu lepas 6 May 2012 atas sebab pihak yang menaja hosting telah bertukar tangan dan pemilik baru tidak mahu menaja komuniti ini. Jadi aku perlukan dana untuk membeli hosting baru. Kalau projek ini tidak jadi dicetak untuk raingers aku akan teruskan juga untuk label “Dirteh” atau label “ceghap”.

Projek T-Shirt: Nohorom!

Projek T-Shirt:: Nohorom!

Kalau aku buat t-shirt ni rasanya kontroversi tak? Dah la wording “nohorom” pastu warna kuning plak.hehe Memang nak tukar warna t-shirt tapi, nampak warna ni cantik sangat, tukar warna lain dah tak cantik. Design macam biasa guna blok saiz A3. Mula-mula aku saja design Default Picture untuk page Nohorom! kat facebook. Lepas tu nampak cantik plak, terus try masuk ke Mock-up t-shirt, tadaa! atau aku mungkin syok sendiri ja.haha

Tips CSS: Float

tips css: float

Sebentar tadi saya ditanya oleh sahabat saya tentang menu navigasi website yang dibangunkanya kelihatan elok jika dilihat melalui screen yang beresolusi besar. Tetapi kedudukan menu navigasi beliau bertukar kepada bukan kedudukan sebenarnya. Dari situ saya teringin hendak menulis sedikit nota tentang sifat (property) yang satu ini, float. Ramai yang bertanya kepada saya kenapa mereka float blok (div/selector) tetapi blok mereka berada seperti yang mereka mahukan. Continue reading »

Projek T-Shirt: Dirteh – Little Samurai

projec t-shirt dirteh little samurai

Dirteh – nama label clothing yang aku teringin sangat nak buat. Design berkonsepkan samurai ini adalah asalnya diambil dari konsep Vox Tribe Crew. Kalau korang belum tahu, aku bekas webmaster untuk label clothing yang diasaskan oleh Noh Salleh (Vocalist kumpulan kugiran Hujan). Bukan ingin meniru, tapi biasalah bila sudah terbiasa dengan satu konsep itu, kita akan terbawa-bawa akan konsep itu kemana-mana. Lagipun design ini dibuat semasa aku masih lagi bekerja dengan Vox Tribe Crew. Logik akal lah kan? Mungkin aku akan bawakan konsep baru atau hanya menggunakan nama “Ceghap” ini sendiri sebagai label. Ok ke camtu? hehe

Terbilang

Terbilang adalah satu label bagi produk-produk seni mempertahankan diri.  Label ini masih belum dipasarkan kerana masih lagi dalam proses pendaftaran paten.