About me. Nama Ceghap. Asal nama dari Ashraf. Sebut orang utara A-Ce-ghap atau a-ce-qap. Di lahirkan di kawasan jajahan Pulau Pinang, dan dibesarkan di negeri jelapang padi. Tidaklah bijak, cuma sedikit pintar sahaja. Datang dari keluarga berpendepatan sederhana.
Blog – ingin dibuang, terasa sayang, ingin disimpan terasa bosan. Dibiarkan bersawang tapi beruwang(eh?).
Saya bakal update komik disini dan juga info-info menarik. InsyaAllah. Blog Raksasa Jahat adalah blog komik bebas watak, dan blog ceghap ini adalah blog peribadi yang diselitkan dengan komik berwatakkan ceghap sendiri. Mana satu watak ceghap? Cuba cari kat page ni, kalau tak nampak juga aku tak tahu nak kata apa dah. -.-’
Ceghap merupakan watak utama komik didalam blog ini. Watak-watak lain mungkin hanyalah watak rekaan atau watak yang terdapat dalam hidup ceghap sendiri. Jika tak sama harap kalian maafkan. Saya bukanlah seorang pelukis karikatur yang pakar, malah saya hanya lukis watak untuk suka-suka.
