logo Ashraf

Import & Export WSL Linux Distro di Windows 10

<Tutorial >

Untuk yang masih belum tahu, Windows 10 telah menyediakan 1 platform Windows Subsystem for Linux (WSL) untuk kita menjalankan sistem operasi linux di dalam windows. Kita tidak lagi perlu untuk buat dual boot kalau kita nak menggunakan linux terutamanya untuk programming. Info lanjut mengenai Windows boleh rujuk https://docs.microsoft.com/en-us/windows/wsl/

Kalau kau dah pasang Ubuntu misalnya, & nak juga ‘clone’ distro yang sama tapi untuk development bahasa lain, misalnya UbuntuGo, UbuntuCplusplus, UbuntuPython, tapi masih lagi menggunakan OS Ubuntu yang sama, kau boleh gunakan command export & import wsl.

Step 1: Lihat dahulu distro apa yang dah dipasang

wsl --list

Ubuntu (Default)
Debian
Kali Linux

Step 2: Export base distro (misalnya Ubuntu)

wsl --export <Distro> <namaFile.tar>
wsl --export Ubuntu ubuntu.tar

Step 3: Import(clone) distro yang kita nak

wsl --import <NamaCustomDistro> <LokasiNakSimpanDistro> <namaFile.tar>
wsl --import UbuntuPython D:\distro\UbuntuPython ubuntu.tar

Step 4: Semak semula list distro

wsl --list

Ubuntu (Default)
Debian
Kali Linux
UbuntuPython

Mudah saja kan? Jadi sekarang dah boleh asingkan beberapa distro yang base yang sama untuk hal hal yang berlainan.

Buy Me A Coffee

Blog

Menjadi seorang Youtuber ?

Salam. Aku sekarang tengah prepare untuk publish content pertama untuk youtube aku. Kalau yang tak tau, ini adalah channel youtube aku: Youtube Ceghap. Sebelum ini ada aku letak video-video merepek kat situ tapi kebanyakkannya dah aku hide dari tatapan umum. Channel Youtube ni sebenarnya aku nak buat sebagai medium bagi aku punya personal improvement dari… Continue reading Menjadi seorang Youtuber ?

Tips Array di dalam JavaScript Bahagian 1

Salam. Setuju tak yang mana Array dalah sesuatu yang wajib kita tahu? Array berada di mana-mana. Tak kira la apa programming language yang kau guna, pasti kita akan berdepan dengan Array. Post ini aku akan kongsikan beberapa tips untuk mengendali Array. Kau tak perlukan 3rd party library untuk mencapai sesuatu dengan Array. Destructure array Digunakan… Continue reading Tips Array di dalam JavaScript Bahagian 1