Menjadi seorang Youtuber ?

<Pemberitahuan >

Salam. Aku sekarang tengah prepare untuk publish content pertama untuk youtube aku. Kalau yang tak tau, ini adalah channel youtube aku: Youtube Ceghap. Sebelum ini ada aku letak video-video merepek kat situ tapi kebanyakkannya dah aku hide dari tatapan umum.

Channel Youtube ni sebenarnya aku nak buat sebagai medium bagi aku punya personal improvement dari segi bercakap, planning & kefahaman. Aku plan nak buat macam channel tutorial programming. Kata orang kalau aku nak mengajar orang mengenai sesuatu topik, dah pasti aku perlu ‘force’ diri untuk deep dive kedalam topik itu lagi. Dengan ini dapat membantu aku secara tak lansung untuk lebih fahami sesuatu.

You’ll learn more from creating YouTube videos than you will from watching them!

Pada aku, tak ada topik yang terlalu kecil/simple, tak ada juga topik yang terlalu basis. Tak kira sejauh mana simple yang kita fikir, ketahuilah ada orang lain yang tak tahu lagi mengenainya. So aku nak Jadi seorang yang ajar mereka itu.

Kemungkinan besar content channel ini adalah programming & design. Antara topik-topik niche yang bakal aku ketengahkan adalah:

  • Node.JS
  • React.JS
  • Next.JS
  • GraphQL
  • Styled Component
  • Microservices
  • Micro frontends
  • TailwindCSS
  • Affinity Designer
  • Figma / Adobe XD

Jadi doa-doakan lah kuat semangat aku & istiqomah aku upload video di Youtube walaupun orang cakap video ‘camdoh’.

Jom subscribe Channel Youtube Ceghap!

Sampaikanlah walau sebaris script

Koding tanpa otak

Belanja saya kopi

Artikel lain

Fahami React Context API

Sebagai developer reactjs yang baharu macam aku, aku selalu gunakan teknik prop drilling untuk pass prop ke child component yang aku buat. Cara ini tak bagus kalau projek kita itu adalah projek yang besar. Aku tahu mengenai kewujudan react context API atau state management library lain seperti redux, mobx, recoil dan banyak lagi library untuk… Continue reading Fahami React Context API

Asas Node.js – Built-in module

Dalam Node.js terdapat tidaklah terlalu banyak built-in module. Tapi aku tak akan bincangkan kesemua module tersebut. Aku hanya akan bincangkan beberapa built-in module yang agak penting & digunakan agak kerap ketika pembangunan aplikasi node.js. Antaranya adalah: Path module OS module File System Module Events Module HTTP Module Path module Digunakan untuk handle file path. Contohnya… Continue reading Asas Node.js – Built-in module