Pindah SSH Key Private & Public ke komputer lain

<Tutorial >

Ini adalah nota untuk diri sendiri ja. Sebabnya tadi aku terfikir untuk export private & public key ssh aku dari macbook pro aku ke pc linux. Selama ni bila aku format pc, aku akan generate ssh-key baru dengan command ssh-keygen untuk pc yang baru aku format tu. HAHA Noob kan?

Situasi

Disebabkan aku akan pulangkan balik macbook pro yang aku gunakan sekarang kepada company(Ya aku dah berhenti dari berkhidmat dengan Gvado Sdn. Bhd.), Jadi aku rasa malas sangat nak ‘install’ balik ssh-key yg baru untuk semua remote access ke server-server yang aku manage. Jadi Aku yang noob ni terfikir tak kan tak boleh transfer/copy ja ssh key dari macbook kan? tak perlu dah access server-server yang banyak tu untuk add authorized_key yang baru.

Mudah saja. Copy ssh key dari komputer lama (Macbook). lokasi ~./ssh/

ls -l ~/.ssh/id_rsa*	cat ~/.ssh/id_rsa
## copy content dan save di tempat lain sebagai text
cat ~/.ssh/id_rsa.pub
## copy content dan save di tempat lain sebagai text

Kemudian masuk komputer baharu. jalankan command ini

ssh-keygen
## enter ja semua option sebab kita akan delete yang dia generate
rm ~/.ssh/id_rsa
rm ~/.ssh/id_rsa.pub
touch ~/.ssh/id_rsa
touch ~/.ssh/id_rsa.pub
nano ~./ssh/id_rsa
## copy&paste content yang kita save sebagai text td ke sini
nano ~./ssh/id_rsa.pub
## copy&paste content yang kita save sebagai text td ke sini
chmod 600 ~./ssh/id_rsa
chmod 644 ~./ssh/id_rsa.pub

Ya secara basicnya kita hanya copy private & public ssh key dari komputer lama ke komputer baru. Kemudian tukar chmod kepada yang lebih secure. Itu ja. Senang content blog aku kali ni. 🤣

Belanja saya kopi

Artikel lain

Fahami React Context API

Sebagai developer reactjs yang baharu macam aku, aku selalu gunakan teknik prop drilling untuk pass prop ke child component yang aku buat. Cara ini tak bagus kalau projek kita itu adalah projek yang besar. Aku tahu mengenai kewujudan react context API atau state management library lain seperti redux, mobx, recoil dan banyak lagi library untuk… Continue reading Fahami React Context API

Asas Node.js – Built-in module

Dalam Node.js terdapat tidaklah terlalu banyak built-in module. Tapi aku tak akan bincangkan kesemua module tersebut. Aku hanya akan bincangkan beberapa built-in module yang agak penting & digunakan agak kerap ketika pembangunan aplikasi node.js. Antaranya adalah: Path module OS module File System Module Events Module HTTP Module Path module Digunakan untuk handle file path. Contohnya… Continue reading Asas Node.js – Built-in module